The Caregiver - Droplets of Love, Tears & Strength.

The Caregiver - Droplets of Love, Tears & Strength.

Love, Tears & Strength

Di balik senyuman seorang Penjaga, tersembunyi seribu satu kisah air mata dan peluh yang tidak pernah diceritakan.
Setiap titisan airmata dan peluh yang menitis itu adalah lambang Cinta & lambang Kasih yang telus—cinta yang sentiasa memberi , walau diri sendiri  ulangkali rebah tersungkur, cinta yang mengorbankan tanpa harapkan balasan.

Menjaga insan tersayang bukan hanya tugas fizikal, tetapi juga pertempuran emosi. Terkadang, menangis dalam gelap menjadi satu-satunya ruang untuk melepaskan beban hati. Dalam sunyi sendirian , tidak kira siang dan malam, air mata jatuh tanpa belas kasihan pada empunya badan, menjerit dan tangisan membasahi bersuling doa yang penuh pengharapan, "Semoga dia kuat. Semoga aku terus tabah."

Setiap titisan peluh, setiap keluhan yang tidak diluahkan, dan setiap tangisan sunyi adalah kekuatan yang membentuk seorang penjaga. Bukan kekuatan yang datang dari otot, tetapi dari hati yang kental—hati yang sanggup meletakkan kebahagiaan orang lain melebihi keperluan sendiri.

Pengorbanan The Caregiver adalah lambang kasih yang tidak bertepi. Ia adalah cerita tentang manusia yang memilih untuk memberi, walaupun dunia tidak selalu melihat. Setiap titisan itu bukan sekadar air mata atau peluh, tetapi juga titisan cinta, tangisan yang tak terlihat, dan kekuatan yang tidak ternilai.

Kerana pada akhirnya, penjaga itu tahu, walaupun sukar, kasih yang diberi adalah hadiah paling bermakna yang dapat mereka tinggalkan. 

Ayuh bersama Sapot kami melalui pembelian Jualan AMal untuk membantu meringankan bebanan yang di tanggung oleh Penjaga Penjaga kepada Pesakit Stroke Kritikal, Dementia, Gangguan Mental, Warga Emas, OKU Terlantar (Bedridden), Lumpuh serta Penjaga Anak Anak Autism.

The Droplets: Tribut kepada Penjaga / Caregivers

"The Droplets" adalah sebuah Projek Jualan Amal yang diinspirasikan oleh kasih, pengorbanan, dan ketabahan para penjaga (caregivers) yang sering berjuang dalam diam. Projek ini melambangkan:

  1. Titisan Kasih: Setiap pengorbanan kecil penjaga yang dilakukan dengan cinta tanpa mengharap balasan.
  2. Tangisan yang Tersembunyi: Air mata dan kesakitan yang tidak terlihat oleh dunia luar, tetapi tetap dihadapi dengan tabah.
  3. Kekuatan Sejati: Semangat penjaga yang terus berdiri walaupun melalui tekanan fizikal dan emosi.

Tujuan Projek: Melalui The Droplets, kami ingin:

  • Menghormati penjaga dengan menceritakan kisah mereka.
  • Mengumpul dana untuk menyokong mereka yang memerlukan, sama ada melalui bantuan kewangan, sokongan emosi, atau pendidikan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan penting penjaga dalam kehidupan kita.
Sapot kami membantu meringankan bebanan mereka yang sangat memerlukan.
#CyingInTheDark


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BELI atau INFAQ KopiKeto Mood Booster
BELI atau INFAQ Kopi Ubi Jaga Plus
BELI atau INFAQ KOPI PEGAGA PLUS
INFAQ Minuman & Krim Manjanita 100% Semulajadi
BELUM MULA
SUMBANGAN
INFAQ MAKAN , JUMAAT, TAHLIL dll
Pati Gamat Emas
Gel Gamat Emas
Set RAWATAN LUKA Kronik
SET LENGKAP RAWATAN LUKA KRONIK
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN



Maklumat Peniaga

Jualan Amal Ceria Hub
ceriahub@gmail.com
+60182096544